Dapatkan tidur berkualiti
MUDAH berasa letih, lesu, kurang motivasi, tidak dapat memberi
tumpuan, murung dan berat badan bertambah antara gejala yang menunjukkan
kamu mengalami masalah kekurangan waktu tidur yang berkualiti.
Biarpun ada yang beranggapan masalah kekurangan tidur itu bukan isu
besar, ramai tidak menyedari bahawa otak kamu sentiasa sibuk melakukan
penyelenggaraan fizikal dan mental bagi memastikan tubuh kamu kekal
bertenaga pada keesokan hari.
Jika kamu menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi,
ubahlah gaya hidup kamu dengan memulakan pola tidur yang sihat.
Panduan berikut diharapkan dapat membantu kamu memulakan hari esok dengan lebih bertenaga dan cergas.