Paparan Lebih Sempurna Di Mozilla Firefox


مولاكن دڠن بسم الله دسودهي دڠن الحمدلله


SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI





TERKINI : Note to all visitors of this portal. GS (gemilangsksin units) we welcome all visitors to comment constructively and suggestions to be displayed on this site.


"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"


********************************************************************


SELAMAT BERCUTI KEPADA SKSIn

Selasa

UPSR Dikekalkan Bagi Menilai Tahap Pencapaian Murid Selama Enam Tahun – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 9 Sept – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan terus dikekalkan untuk menilai tahap pencapaian murid selama enam tahun di sekolah rendah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata peperiksaan itu akan menguji sejauh mana mereka menerima ilmu yang diajar guru khususnya dalam mata pelajaran utama.
“Apa-apa keputusan pun mereka akan naik ke tingkatan satu. Tetapi ibu bapa nak tahu (tahap) mana mereka berada.
“Jadi kita teruskan dasar yang telah lama kita laksanakan untuk membuktikan kesempatan kita menilai pencapaian pelajar-pelajar,”
Menurutnya penilaian di peringkat sekolah rendah adalah perlu sebelum para pelajar melangkah ke sekolah menengah.
“Mereka akan terus dibimbing menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kita laksanakan. Mudah-mudahan ini akan mencipta pelajar-pelajar yang lebih cemerlang dan mempunyai pemikiran aras tinggi dipanggil ‘higher order thinking skills’,” kata Muhyiddin.