Paparan Lebih Sempurna Di Mozilla Firefox


مولاكن دڠن بسم الله دسودهي دڠن الحمدلله


SELAMAT MELAYARI PORTAL RASMI





TERKINI : Note to all visitors of this portal. GS (gemilangsksin units) we welcome all visitors to comment constructively and suggestions to be displayed on this site.


"1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"


********************************************************************


SELAMAT BERCUTI KEPADA SKSIn

Sabtu

Kelicikan Mahalli jadi tumpuan
MAHALLI (kiri) banyak melakukan larian over lapping bagi membantu jentera serangan skuad negara. 

Biarpun beraksi di posisi pertahanan, namun Mahalli Jasuli mencuri tumpuan pada perlawanan menentang Yemen kelmarin kerana kerap mengkucar-kacirkan benteng lawan ketika membantu Malaysia merakam kemenangan 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 Stadium Shah Alam. Malah, bek kanan Selangor itu turut mendapat pujian pengendali Yemen, Tom Saintfiet apabila sering melakukan gerakan berbahaya dari sebelah kanan bersama Wan Zack Haikal Wan Noor.
Mahalli, 23, mengakui dia dan rakan-rakan agak tertekan selepas membenarkan lawan mendahului menerusi Aiman Saleh Abd. Al-Hagri seawal minit ke-12, namun sebaik sahaja Azamuddin Akil menyamakan kedudukan pada minit ke-27, Harimau Malaya kembali menemui rentak.
"Walaupun berada dalam keadaan tertekan kami cuba mengatur langkah sebaik mungkin untuk mencari gol penyamaan dan hasilnya kami berjaya membolosi benteng pertahanan Yemen menerusi Azamuddin.
"Banyak peluang yang disia-siakan tetapi kami tidak salahkan bahagian penyerang kerana mereka telah bekerja keras untuk mencari mata buat pasukan," kata Mahalli ketika ditemui selepas perlawanan.
Mahalli menjadi perancang utama gol pembukaan Malaysia apabila melakukan hantaran leret ke dalam kotak penalti yang yang disempurnakan Azamuddin.
"Kemenangan ini membakar semangat kami untuk terus bangkit setelah dikritik kerana prestasi kurang mantap dalam dua perlawanan sebelum ini," jelasnya lagi
Khyril Muhymeen muncul wira dan memberi kelegaan buat skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal apabila menghadiahkan gol kemenangan hanya 10 minit sebelum tamat permainan. 

Malaysia Kembali Menang


Norshahrul Idlan Talaha melakukan percubaan pada Kelayakan Piala Asia menentang Yemen di Stadium Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM - Misi tiga mata tercapai apabila Harimau Malaya kembali mengaum di gelanggang sendiri dengan kemenangan 2-1 ke atas Yemen dalam Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, semalam.
Khyril Muhymeen memastikan kemenangan berharga Malaysia dengan gol pada minit ke-80 ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri setelah banyak peluang gol gagal disempurnakan Norshahrul Idlan Talaha.
Sebelum itu, Yemen mendahului menerusi jaringan Aiman Saleh Abd. Al-Hagri pada minit ke-12 tetapi Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Azamuddin Akil pada minit ke-27.
Kemenangan semalam penting bagi Malaysia merintis kembali laluan ke pusingan akhir.
Apa yang pasti, pemain kembali mendapatkan keyakinan setelah dikritik hebat kerana prestasi kurang memberangsangkan dalam dua perlawanan terakhir.
Paling mencuri tumpuan dalam perlawanan semalam sudah pasti Mahalli Jasuli yang layak dilabel sebagai pemain terbaik selepas kerap mengkucar-kacirkan pertahanan Yemen melalui gerakan berbahaya di sebelah kanan bersama Wan Zack Haikal Wan Noor.
Sebaik hujan membasahi padang, tuan rumah dikejutkan dengan gol pendahuluan melalui pemain muda berusia 20 tahun, Aiman pada minit ke-12.
Dia bersahaja memperdayakan dua pertahanan Harimau Malaya dan tidak melepaskan peluang terbuka di depan gol dengan rembatan menarik yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Jaringan itu seolah-olah membakar semangat anak-anak buah Datuk K. Rajagobal yang mempertingkatkan momentum serangan dalam usaha menyamakan kedudukan.
Hasilnya 15 minit kemudian, gol yang dicari-cari akhirnya menjelma.
Mahalli bertindak selaku perancang utama dengan melakukan hantaran leret ke dalam kotak penalti yang gagal ditampan Safiq sebelum bola tepat pada kaki Azamuddin, yang mudah menolak masuk ke dalam gawang Yemen.
Gol berkenaan merupakan jaringan keempat peribadi Azamuddin dalam 17 penampilan bersama Harimau Malaya.
Babak kedua memperlihatkan penguasaan Harimau Malaya dengan pelawat sekali-sekala mencemaskan pertahanan negara melalui serangan balas pantas yang diterajui ketua pasukan, Akram Hamood Abdo Al-Wrafi.
Deretan peluang terhidang disia-siakan penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul yang bagaikan hilang sentuhan berbisa di depan pintu gol Yemen terutama pada minit ke-74 apabila sekadar menyepak tepat ke arah penjaga gol, M. Saleem dalam situasi satu sama satu.
Pemain paling bernilai tiga musim berturut-turut itu sekali lagi melepaskan satu peluang mudah dengan sepakannya tersasar ke arah kanan selepas bola muntah rembatan Khyril yang dapat ditampan Saleem.
Khyril akhirnya muncul wira Harimau Malaya dan memberikan kelegaan kepada peminat setia yang hadir ke stadium dengan menghadiahkan gol paling bermakna pada minit ke-80.
Melalui gerakan Norshahrul, hantaran lintangnya disudahkan dengan begitu bersahaja oleh Khyril yang menanduk cantik bagi memberikan kemenangan sulung Harimau Malaya dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015.

Aktiviti   :   Sambutan Hari Lahir Bulan Februari
Tarikh    :   24 Feb 2013




Dapatkan tidur berkualiti


MUDAH berasa letih, lesu, kurang motivasi, tidak dapat memberi tumpuan, murung dan berat badan bertambah antara gejala yang menunjukkan kamu mengalami masalah kekurangan waktu tidur yang berkualiti.
Biarpun ada yang beranggapan masalah kekurangan tidur itu bukan isu besar, ramai tidak menyedari bahawa otak kamu sentiasa sibuk melakukan penyelenggaraan fizikal dan mental bagi memastikan tubuh kamu kekal bertenaga pada keesokan hari.
Jika kamu menghadapi masalah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi, ubahlah gaya hidup kamu dengan memulakan pola tidur yang sihat.
Panduan berikut diharapkan dapat membantu kamu memulakan hari esok dengan lebih bertenaga dan cergas.

Jumaat

Aktiviti   :   Majlis Perasmian Anjung Kasih
Tarikh    :   13 Feb 2013





Aktiviti   :   Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah
Tarikh    :   07 Feb 2013
 
 
 

Aktiviti   :   Mesyuarat Agung MGKT
Tarikh    :  29 Januari 2013
 
 
 
 

Aktiviti   :   Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Tarikh    :   27 Januari 2013